Tapi nasib Hasan sebaliknya. Dia accident semasa nak pergi kerja. Masa kejadian dalam pukul 9.50 pagi. Berlanggar dengan van. Keadaan sebenar kejadian tak di ketahui. So, tak tahu nak cakap salah siapa sebenarnya. Hasan terus tak sedarkan diri selepas accident tu.
Dia terus dihantar ke Hospital Serdang. Dan terus dimasukkan dalam wad kecemasan. Kecederaan di bahagian kepala. Otak dia dikatakan membengkak dan dia kehilangan terlalu banyak darah!!..Doktor mengatakan dia tidak dapat diselamatkan lagi..*sigh*.
17.03.2010: Hasan telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya..*crying*.. kite rase terkilan sangat3 sebab tak dapat nak mengadap arwah semasa dia menghembuskan nafas terakhirnya. Hanya ayah dan adik dia, Aslam je yang dapat mengadap.
Kenangan terakhir bersama Hasan ialah masa cuti tahun baru cina. Masa tu dia masih lagi promote one drop die..sedih sangat3 bila ingat balik suma kenangan dengan dia..Dah la kite nie suka gurau2 dengan dia..*crying*..
antara one drop yg masih ada dekat bilik Hasan..
Dalam masa tak sampai 3 bulan, kite kehilangan dua orang saudara iaitu tok chik yang telah meninggalkan kami semua pada 31.12.2009 dan juga Hasan. Kehilangan Hasan bagi kite impak yg besar sangat3 sebab pemergian dia terlalu cepat. Kite tak sempat nak mintak maaf dengan dia buat kali terakhir.
No comments:
Post a Comment