Sunday, April 25, 2010

i LOVE u!


Hah...korang semua mesti selalu sangat dengar perkataan i LOVE u nie kan?? Tak kire la dari siapa pon..yang penting perkataan tu diucapkan oleh orang yang kita sayang..=) Masa dengar orang cakap " i love u" nie, hati masing2 mesti wujud bunga-bunga cinta kn2???...

Masa awal2 bercintan-cintun nie, mesti la selalu sangat sebut "LOVE2" nie..tp bila da lama kenal tu dari "LOVE" jadi "LAP" pulak...betul tak???..setuju jela yek


masa awal2 bercintan-cintun, rase macam nie la....


Kite nie bukan pe..kite memang pantang bile dengar orang bercerai-berai nie..dalam rumah tangga nie tak tau la nak salahkan siapa.. Masa bercinta, bukan main la berjanji setia >>>" u jump i jump"..tapi bila da lama2..i jump, u pulak jem!!..stick je tak jump pon!.


Bila tengok kes2 yang cerai-berai nie, kite nak bercintan-cintun nie pon rase takut..huhu..sebab benda2 nie jadi depan mata kite sendiri.. tengok orang couple putus cinta pon da merana..nie kan pulak bila dah kawin lepas tu bercerai..lagi merana woo..



Dalam kes-kes macam nie, tak tau nak salah kan pihak lelaki atau pihak perempuan...So, mari kita tengok pada kes2 kat bawah nie. Based pada true story yek..tapi tak yah tau la siapa orang tu..


Kes 1:

Setelah hampir 16 tahun berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, Si isteri mula mencari-cari kesalahan si suami. Memang di akui di sini bahawa si suami seorang yang panas baran!..tapi benda nie semua standard la..da 16 tahun kawin..tak kan masih tak kenal laki sendiri kot???..nape selepas 16 tahun baru nak cari salah suami nie mak cik woii??.. Si isteri mula melibatkan diri dengan dunia IT nie..berchatting2 la..berfriendster la..(mase tu tak de facebook lagi)..Rasenya sekarang nie facebook pon mak cik tu de kot..

Si suami mula rase si isteri menipu. dan die try untuk menyamar jadi orang lain untuk melihat sejauh mane kecurangan si isteri. Dan...memang terbukti yang si isteri curang!..Si isteri mula takut..bila diri die dah tertangkap. Si isteri pon mula la mereka pelbagai alasan untuk membuktikan dirinya tak bersalah...

Antara alasan-alasan yang diberi:

  • si suami selalu marah2 bila balik dari bekerja
  • si suami tidak membenarkan si isteri join aktiviti kat tempat kerja
  • si suami pon curang
  • si suami malas selalu tido je.


Tapi..hakikat sebenarnya...si isteri tu sendiri yang bersalah.. Si suami tidak membenarkan si isteri join aktiviti kat tempat kerja sebab masalah kewangan. tapi si isteri nie pulak suke berlagak cam kaya sangat!!..agak2 la..Si isteri sendiri pon malas..tak masak..lelak
i bila da kawin, mesti la nak rase air tangan isteri kn??..nie tak..kalo benda tu si isteri tak suke makan, die tak akan masak even tu makanan kegemaran si suami dan anak2...aiyoooo..tak patot betul..


Setelah begitu banyak masalah yang timbul, si isteri asyik minta cerai..tapi si suami masih sayang kat si isteri. Akhirnye, atas desakan keluarga...si suami menceraikan juga si isteri..dan sekarang..dorang da bercerai pon..tapi si isteri pulak masih mengganggu hidup si suami..mungkin baru sekarang die sedar salah die!!.Dalam kes nie, memang 100% salah perempuan!..so kite tak boleh la nak kate perempuan nie baik sangat.


bile dah lama2 tu..rase macam nie plak....


Kes 2:

Kes nie pulak..salah suami..yang nie pon da lame kawin gak dan anak pon ramai.. Kes nie suami pulak yang curang.. mula tergatal-gatal nak cari perempuan lain..padahal si isteri tu punya la baik..lemah-lembut...segala persiapan untuk suami lengkap la..tapi tak tahu la ape lagi yang orang lelaki nie nak kan.. Kenapa mesti jatuh cinta dengan ex-gf la..ex-fiancee la...padahal..anak da ramai..Si suami mula tak tidur kat rumah..tidur kat luar dengan pelbagai alasan yang diberikan. Kalo korang tengok lelaki tu, memang korang semua tak akan percaya yang lelaki tu sebenarnya ade perempuan lain..Untuk kes nie, kite tak boleh nak citer lebih2 la..sebab benda nie baru lagi.. Pasangan nie pon masih bersama..Si isteri begitu menyayangi si suami..hingga die sanggup untuk di madukan..Kalo betul la lelaki tu kawin lain dan isterinya merestui, kite doakan semoga si isteri akan di beri pengharhaan "payung emas" di akhirat nanti..aminnn...




So, sekarang nie kita semua tak boleh nak salah kan satu pihak je..Setiap benda yang berlaku kita kena selidik betul2 sebelum kita jatuhkan hukuman kat seseorang tu..Pesanan untuk pasangan2 yang masih hangat bercinta...korang fikir la betul2..samada pasangan korang tu boleh dipercayai atau pon tak..sebab korang mesti la nak hubungan korang berakhir dengan kebahagiaan kn??..Untuk pasangan yang dah berkahwin pulak..love and trust each other..insyaALLAH your marriage will be bless by ALLAH..



Sebelum kite sign out dari blog nie, kite nak share dengan korang semua message yang kite penah dapat dari kawan kite:


Firman ALLAH dalam surah Annur, ayat: 26 yang bermaksud:

"sesungguhnya wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik dan sebaliknya."

dan telah tercatat seungkap nama lelaki dan wanita di loh mahfuz untukmu, cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau di atas jalan yang di redhai, InsyaALLAH si dia turut berada di jalan yang sama. Maka lupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta Hakiki, nescaya cinta lelaki soleh dan wanita solehah turut ko miliki. Sesungguhnya ALLAH menyayangi setiap hambaNya.



No comments: