Sunday, August 22, 2010

"Migrasi Kata Ganti Nama"

Dalam berblogging nie, banyak sangat “ganti nama” yang orang suka guna..most of the time orang akan guna “i – u” la kan. Kalo baca blog yang owner die lelaki, selalunya mereka nie lebih prefer guna perkataan “aku – kau” atau pon “gua – lu”..betul x?? But for me, i prefer to use the word “kite”..sebab memang selalu sangat guna perkataan “kite” nie bila bersembang dengan kawan2 or sedare-mare..


Memang ramai orang yang confius bile kite menggunakan perkataan “kite” nie..tapi nak buat macam mana kan sebab kite memang da naturally born with the word “kite” nie…hahahaha. Masa kecik-kecik dulu, orang kata tak elok guna perkataan “aku – kau” nie, tapi bila nak guna perkataan “saya – awak” nampak macam formal la sangat..hohoho~


Tapi yang sebenarnya perkataan “aku – kau” nie, bukannye tak elok..cuba kite lihat maksud ayat2 dalam Al-Quran or hadis-hadis Nabi, semuanya menggunakan perkataan “aku – kau”..betul x?? kalo korang berdoa lepas solat, korang mesti akan doa macam nie kan:


“ Ya Allah, ya Tuhanku, Engkau lindungilah aku dari segala perbuatan yang tidak elok”


For sure la semua orang akan berdoa macam tu. korang tak akan gunakan perkataan “saya-awak” kan??..Actually entry nie bukan nak cakap pasal penggunaan “ganti nama” dalam doa..tapi penggunaanye bila bercinta.


Masa awal-awal kenal, mungkin korang akan guna perkataan “saya – awak” dulu..tapi bila dah bertahun-tahun kenal, mesti korang akan guna “aku – kau” pulak..(tapi kalo kite akan guna “kite – kau” la..)..tapi yang peliknya, bila masuk fasa “bercouple” je..automatic perkataan “aku – kau” nie berubah..


Mari kita lihat contoh dibawah nie:

Hari pertama kenal:

Si Jejaka : hai..nama awak sape ye??

Si Awek : nama saya Siti..nama awak pulak ape??

Si Jejaka: nama saya Amad.


Bila da setahun kenal:

Si Jejaka: wei Siti..ko nak gi mane tu??

Si Awek: aku nak gi kelas la..ko nie benggong ke ape..tanye soalan yang tak logic langsung!!


Bila Amad dan Siti dah mula saling menyanyangi:

Si Jejaka : Siti, minggu nie awak free x?? saya nak ajak tengok wayang la..

Si Awek : eemm..saya free je..awak nak tengok citer ape ye??

Si Jejaka: kita tengok citer “Eclipse” la..


Ok..bila da saling menyanyangi tu, penggunaan bahasa akan bertukar kepada saat mula-mula kenal..kadang-kadang tu orang akan guna perkataan “ i – u” la..


comel giler gambar nie...


Dan bila masuknye fasa lepas declare couple:

Si Jejaka : Sayang, abang rindu la kat sayang..

Si Awek : Ala abang nie, kan baru je 5 minit sayang jumpa abang..tak kn cepat sangat abang dah rindu

kat sayang??


Di sini, kite betul2 pelik la..nape tak boleh guna perkataan “aku – kau” yek bile da couple??..kite penah la tanya kat seorang jejaka nie pasal soalan nie..jawapannye ialah—baru nampak romantic bila guna perkataan “abang- sayang” nie..


Betul ke untuk nampak lebih romantic?? Bagi kite, kalo guna perkataan “aku – kau” bila da couple lagi nampak cool pe.. Sebab pasangan tu akan nampak macam sahabat baik la..tapi memang rare giler la nak tengok pasangan yang guna perkataan “aku – kau” bila da couple..


Ada sesetengah couple tu pulak, guna perkataa “ mama – papa” or “ma – pa”..aisshh..kalo da memang comfirm jejaka tu yang korang akan kawin tak ape la gak..tapi kalo bertahun-tahun, da panggil “pa2” tapi lastnya bukan jejaka tu yang nikah dengan korang macam??..nanti bila korang nak panggil suami korang dengan perkataan “pa”, korang sure akan teringat balik kekasih lama kn??..kalo tak ingat tu tak pe la..kire nasib baik la..


Harap-harap, bila kite da jumpa my “mr.right”, kite boleh guna perkaatan “kite – kau” dengan die..hehehe..sebab kite nie memang susah sikit nak panggil orang “abang”..except for my brother or yang lebih tua dari kite la..tu pon kite akan panggil abang dan diikuti dengan nama orang tu..(eg. Abang Mat).


Selingan 1:

Kite ada dengar seorang pakar motivasi kata: orang yang menggunakan perkataan “ kite” sebagai ganti nama ialah orang yang sentiasa memikirkan tentang orang lain atau pon senang citer die tak selfish la..So korang rasa, kite nie selfish ke x??..hehehe..


Selingan 2:

Semalam dapat message dari seorang jejaka..

Jejaka : sweetheart, will u give me a chance..

Apa yang patut kite reply yek??

1) Anis : Yes..i’ll.. <3>

2) Anis : errkk…u salah send message nie..i’m not ur sweetheart ..i’m ur fren..lol.

Friday, August 20, 2010

-->ANIS = CANTIK<--

InsyaAllah bulan 9 nie, kite akan mendapat seorang anak buah. Jantinanya kemungkinan lelaki. My sis in law ada bertanya pada mak kite ada idea ke untuk nama bakal cucunya nanti. Tapi my mom seperti biasa la akan kate, letak je la apa2 pon..janji nama tu elok..


Dalam memberi nama kepada seorang adalah sangat penting kerana nama seseorang itu adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang itu sukar dikenali dan dipanggil. Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.


Pepatah Arab ada menyebut: "Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu"


Oleh itu, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.


Ehem3..semasa kite try search nama-nama baby, kite ada try cari maksud nama kite iaitu ANIS yang bermaksud teman yang setia dan yang mesra..Ada satu laman web tu siap bagi maksud dalam bahasa Jawa..Dalam bahasa Jawa, ANIS bermaksud cantik..hahaha.. mungkinkah betul ANIS = CANTIK.??

Check it out:


anis kelihatan jauh lebih cantik dari kera disebelahnya..;)



anis kelihatan sama comel dengan gambar budak kat dinding tu..;)



anis kelihatan lebih cantik dari Ronald McDonald..=)



anis kelihatan cantik walaupun sedang bercakap telefon..=)


So, what do u think?? which one is true?? Teman yg setia/ yang mesra/cantik???

Thursday, August 19, 2010

"Sahur itu ada keberkatan"

Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.



Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, buah tamar memang tidak dapat dipisahkan lagi. Buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". Ini menunjukkan, buah tamar sentiasa menjadi hidangan penting bagi nabi dan baginda amat menggemarinya. Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, "Aku melihat Rasulullah mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya". Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat- zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.


Untuk mengelakkan dari sakit perut selepas makan, amalan pemakanan berikut perlulah dielakkan:


Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL


Source: http://hadis.cikedis.com ; citracintaterindah.